SEGAMAT NURSING COLLEGE






mahani
Female
Johor Darul Takzim
WELCOME TO

NURSING COLLEGE
Tel:0127214034
079320526
anak tunggal perempuan dari 3 orang adik beradik.Kelahiran Segamat. Mempunyai seorang anak perempuan, kini sedang study.Harapan saya ,setiap apa yang diajar dan tunjukkan kepada student saya, dapat dicurahkan kepada masyarakat yang memerlukan.

General Nursing. Midwifery Part 1. Diploma of Higher of Education for Health Care Professionals UNN.UK. Ortorhinolaryngology course. B.Sc.(Hons) Nursing Practice Development.UNN.UK.

▪Gambar student

Online add e-mail ▪Mahani_molok@yahoo.com
▪aliyaness@yahoo.com

▪Waktu Solat

WEB LINKS:

▪Berita Harian Online ▪Utusan Malaysia Online ▪nak kaya ▪Harakah ▪jutawan kaya ▪jutawan harta ▪Holy Quran ▪Holy Quran(arabian) ▪Islam e-community
▪Ahlul Bayt DILP ▪cek saman PDRM ▪JAKIM ▪Islam Online ▪Invitation to the truth ▪Seni Lagu & Taranum ▪Taranum Antarabangsa ▪al-kiram ▪Bacaan Qari ▪Alamak chat ▪kampungchat ▪friendster ▪hi5 ▪myspace ▪RHB bank ▪jemaah_iqra
▪dakwah ▪tajweed quran ▪khazinatulasrar ▪Norazalina ▪NiNie ▪realladystylez/audio ▪zu408 ▪fotopages ▪Adriana ▪TV onn line
▪saluran TV ▪TV3 ▪akademifantasia ▪Kuncup blogdrive
Untitled Document
Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas
[Tukar Lokasi]

  GMT   8
  Arah Kiblat   292° 49′
Waktu Solat
  Imsak      5:46
  Subuh      5:56
  Syuruk      7:11
  Zohor      13:18
  Asar      19:18
  Maghrib      19:20
  Isyak      20:29
▪ Visit To Next Page>>



Pelik tapi Betol
Online Users

Online Users








Free chat widget @ ShoutMix



▪Klik disini melihat slide yang jelas

View my Guestbook


View my Guestbook


View my Guestbook

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Thursday, July 03, 2008
kemasukkan jururawat pelatih

Untuk jururawat pelatih dan jururawat masyarakat

Pendaftaran untuk menjadi jururawat  pelatih mula mendaftar pada hari selasa 1hb.julai 2008.Ada yang mendaftar untuk menjadi jururawat pelatih dan tak kurang pula mendaftar sebagai lantikan jururawat masyarakat. Semua kolej menerima kemasukan pelajar-pelajar baru.Saya terlibat dengan kemasukan pelajar-pelajar baru ini , saya ditugaskan mematau bahagian pendaftaran.Kelihatannya pada hari pendaftaran semuanya agak sibuk.Dari merata pelusuk tanah air mereka datang dengan satu harapan dan cita-cita untuk menjadi seorang pelatih jururawat dan berkerjaya menjadi seorang jururawat.Begitu bersemangat kelihatan nya mereka semua.Rata-rata yang datang melapurkan diri ditemani olih keluarga atau saudara sebagai galakan dan sokongan moral untuk ahli keluarga mereka menceburikan diri dalam bidang kejururawatan ini.Mereka yang telah dipilih menjalani latihan kejururawatan ini  kelazimanya akan diberi biasiswa yang agak lumayan setiap bulan.Alangkah beruntung dan bertuahnya.. tamat latihan pula disediakan pekerjaan sebagai jururawat di sektor Awam atau badan berkanun dengan gaji yang agak lumayan.Kerana itu mereka semua dikehendaki menandatangani aku janji perjanjian  untuk tempuh tertentu berkhidmat dengan kerajaan.

Terfikir saya bagi mereka yang memohon  jururawat pelatih di kolej-kolej kerajaan tapi permohonan mereka tidak berjaya,akhirnya beralih menjadi student di kolej swasta merka dikenakan puluhan ribu bayaran yuran untuk memasuki kolej swasta tersebut, kemudian jaminan pekerjaan tiada dan terpaksa mencari sendiri.Kerana itu saya amat berharap mereka-mereka yang terpilih ini perlulah bekerja keras untuk belajar dan berlatih dengan cemerlang.Jangan disia-siakan peluang yang telah anda dapat dan impikan itu.

Kini bermulalah minggu pengenalan kolej atau orientasi untuk pelajar-pelajar baru.Tujuannya adalah untuk kearah kebaikan di mana pelajar-pelajar dapat memahami displin kolej, konsep bekerjasama ,penerapan etika seorang pelatih jururawat dari kolej awam dan lain-lainnya disamping dapat memupuk semangat muhibah diantara pelajar, tenaga pelajar dan staf-staf yang lain.

Kelazimannya disaat semester bermula iaitu selepas seminggu orientasi pastinya ada yang menarik diri untuk keluar dari menjadi seorang pelatih jururawat.Meraka punyai alasan tersendiri untuk keluar dari menjalani latihan kejururawatan.Saya merasa terharu dan sedih kerana masih terdapat kes-kes seperti ini. Sepatutnya mereka terlebih dahulu memikirkan masak-masak sebelum mendaftarkan diri. Tindakan ini menutup peluang orang lain yang begitu berminat untuk mejalani latihan sebagai persiapan untuk menjadi jururawat. Fikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan.

Bagi mereka yang baru mendaftar ini saya mengucapkan selamat datang untuk menjadi warga kolej kejururawatan.Anda tidak memilih jalan yang silap.Jururawat juga mennyediakan peluang masa depan yang cerah  untuk anda.Anda juga bolih terus belajar selepas tamatnya pengajian. Ketika itu anda pilihlah jurusan kejururawatan atau bidang mana yang anda minat . Anda bolih terus menyambungkan pelajaran anda ketahap sarjana kejururawatan sekiranya anda berusaha dan termampu anda lakukan.Di luar sana telah ada mereka yang bergelajar doktor flasafah dalam bidang kejururawatan. Saya doakan agar anda akan menjadi diantara mereka yang berjaya itu,, insya Allah...aminn miga diperkenankan Ilahi.

 


Posted at 06:41 pm by mahani
Comments (41)  

 
Tuesday, May 20, 2008
Nursing University

NURSING UNIVERSITY OF MALAYSIA

Cita-cita dan impian saya ialah satu hari nanti Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan menubuhkan sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang khusus menawarkan kursus pengajian kejururawatan.

 

Dengan penubuhan universiti terbabit merupakan langkah tepat ke arah meningkatkan lagi pembangunan aspek akademik dan kecekapan kerjaya Jururawat. Harapan saya universiti itu boleh rnengambil pelajar dan kakitangan akademik dari negara lain dan pada masa sama ia juga boleh  menjalankan program pertukaran pelajar dan kakitangan akademik dengan institusi luar negara

 

Malaysia kini mempunyai 19 sekolah dan kolej kejururawatan awam serta 35 institusi swasta di bidang yang sama Alangkah baik jika kita dapat satukan semua institusi kejururawatan ini di bawah satu bumbung Ia boleh menawarkan kursus daripada peringkat persijilan dan diploma hinggalah ke sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

 

 Penubuhan universiti sedemikian amat sesuai dengan keadaan masa kini kerana Negara mempunyai 85, 000 jururawat yang aktif dalam perkhidmatan awam dan juga sektor swasta. Kita sedia maklum kalau kerajaan sudah melakukannya untuk guru dengan mendirikan Universiti Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim Perak Kenapa tidak satu universiti yang khusus untuk Jururawat dengan dikendalikan dan diurus oleh mereka daripada bidang kejururawatan turut diadakan .. Diharapkan Universiti itu boleh dikendalikan sepenuhnya oleh mereka daripada kerjaya kejururawatan Ertinya semua jawatan daripada peringkat pengajar pensyarah ketua jabatan dekan serta naib canselor adalah mereka di bidang kejururawatan.

 

Universiti kejururawatan akan dapat memusatkan semua pengajian kursus kejururawatan Sudah tentu ia perlu sebuah hospital pengajar untuk kerja klinikal tetapi masalah besar sekarang ialah tidak cukup pensyarah dalam bidang kejururawatan.Permasalahan kekurangan pensyarah dalam bidang  kejururawatan boleh diatasi dengan cara kita melantik secara kontrek tenaga-tenaga pengajar dari luar Negara. Dalam masa yang sama kita melantik dan  melatih tenaga pangajar muda dan baru sebagai persediaan untuk menjadi pensyarah dalam bidang kejururawatan. Saya percaya jika faedah faedah yang istemewa dan skim gaji yang lumayan ditawarkan pastinya dapat menarik minat cerdik pandai untuk menceburi bidang menjadi seorang pensyarah atau tenaga pengajar dalam bidang kejururawatan.

 

  Walaupun kementerian sudah mula mengambil langkah yang baik dengan melantik empat orang jururawat sebagai pengarah di empat buah hospital umum di negara ini iaitu dua di Sabah dan dua di Sarawak , misalnya Hospital Lanau di Sarawak yang kini mempunyai pengarah iaitu seorang jururawat ianya merupakan satu  langkah yang positif kerana

pihak Kementerian Kesihatan sudah bergerak ke arah memberi perhatian yang lebih terhadap jururawat.

 

Kerjaya kejururawatan perlu lebih daripada itu dari segi pembangunan kerjaya terutama dalam sektor awam dan sector swasta. Kita Sentiasa  bersedia untuk memajukan diri dan menerima perubahan kearah kemajuan supaya kita dapat memberikan perkhidmatan kejururawatan yang profesional dan cemerlang.Insya-Allah kecemerlangan bakti  bidang kejururawatan yang kita curahkan kepada negara pastinya  melakar sejarah hidup yang menarik dalam kerjaya kejururawatan

 


Posted at 11:28 pm by mahani
Make a comment  

 
Thursday, May 08, 2008
Lawatan ke Melaka

Lawatan Rumah Orang Tua Cheng

100_0079.jpg manjanya picture by mahanimolok
 
GAMBAR GAMBAR KENANGAN klik untuk album

 

Tarikh 7 hb mei 2008 kolej jururawat masyarakat  mengadakan lawatan atau ziarah di rumah orang Tua Cheng, Melaka. Tujuan lawatan dibuat supaya pelajar dapat mengaplikasikan teori ke praktis  disamping dapat pendedahan terhadap penjagaan warga tua lebih dekat lagi. Lawatan ini adalah anjuran kolej untuk pelatih-pelatih semester 3. Seramai 72 orang pelatih Ambilan Januari 2007 mengikuti program lawatan ini dengan diiringi olih  2 orang Tenaga Pengajar iaitu Puan Mahani binti Molok dan Puan Rosila binti Mohd Ali .Dalam rangka lawatan ini kami telah diberi taklimat dan penerangan berkaitan dengan penghuni  di rumah tersebut. Pengalaman yang amat menyedihkan dan mengharukan  dimana  seorang bapa yang telah di tinggalkan olih anak-anak  mempunyai pekerjaan yang bergaji lumayan dan antaranya  bergelar Dato' sanggup mencampakkan bapanya di situ. Malah anak-anak dihubungi  olih pihak pentadbir untuk menjenguk orang tuanya malangnya anak-anak yang dihubungi tidak mengindahkan langsung.

Kami telah dibawa  melawat tempat-tempat penginapan penghuni, melawat tempat aktiviti dan tempat aktiviti riadah. Sambutan untuk kami begitu dialu-alukan olih kakitangan dan  penghuni di sana.Terlalu banyak faedah yang kami perolihi hasil dari lawatan disini, walaupun terharu dengan lawatan ini  namun   rombongan kami terasa gembira kerana dapat bertemu dengan penghuni di sini, layanan mereka begitu mesra sehingga terasa masa singkat berlalu , kami meninggalkan rumah Orang Tua Cheng pukul 12 tengahari untuk bertolak ke destinasi  yang seterusnya iaitu aktiviti santai.

 

 


Posted at 09:31 pm by mahani
Make a comment  

 
Monday, March 24, 2008
Nursing College

pensyarah kejururawatan


Memulakan karier dibidang ini pada tahun 1982 sebagai seorang pelajar. Asalnya bukan bidang yang diminati lebih didorong oleh atuk yang mahukan salah seorang ahli keluarganya berada dilingkungan perubatan yang rata-ratanya tergolong dalam perguruan. Dilihat dari luar, seperti hanya akan bekerja sahaja tanpa memikirkan perlu mengikuti latihan yang intensif dari segi teori dan praktikal. Bila asas pembelajaran dah mula 'terik', rasa macam nak tarik diri. Tapi bila semua 'blok' tak pernah terkucil, sayang pulak nak lepaskan.

Penghujung 1985 kerja pertama di Dewan Bedah. Macam seronok pulak nak gie kerja! Tempat berkhidmat 'fantastic' gile! Al-maklum tempat belah membelah, mesti gempak. Tapi rupanya langit tak selalu cerah. Bukan senang nak senang gamaknya. Mesti belajar 'instrument', 'lay out', mengkaji sikap para 'pembelah'. Mula-mula tu rasa nak nangis (dah nangis pun!) sebab tak tau, aiiiii…..budak baru belajar…lama-lama jatuh kasih lak ngan tempat kerja tu…lama gak kerje…12 tahun!
Pas tu…..three! He..he.. taklah…pas tu gie lak amik kebidanan. Rasa macam tak nak belajo lagi tapi orang lain gie…tak jadi nie…jadi join samalah…aaaaa…jadi cikgu gak….la!

Lama tak lamalah dari tu….jadi cikgu ni..dulu tak pandai cakap, sekarang dah macam bertih goreng. Bila selalu gie perjumpaan, mesyuarat sini sana, jumpa kawan lama, idea pun tambah gak…tu yang bole cakap tu…

Berada kat Segamat ni lom lagi setahun setengah pun, tapi bangga gitu sebab selaku ko-odinator kumpulan yang masih 'muda' di sana, student2 lulus semua w/pun dia orang tu rajhin 'pusing2' n 'belok2' sket, tapi 'tabik geng' bleh  'maintain', ikut kata….yes!  14 bulan sapu bersih…..beb! aghap leh sampai final cam tu gak…tu yang bangga tergile2….!

Kerja kat sini memang suka, colleagues ringan mulut, ringan badan, ringan tangan (bukan penangan!) malah gemar tengok kawan tau semua perkara dan senang dengan suasana persekitaran tempat kerja. Aktiviti gerak kerja yang lumayan, membolehkan student tak duduk diam, tapi aktif dengan minda yang sentiasa dirangsang untuk lebih berkemampuan dalam berfikir dan pantas membuat keputusan, itulah tugas yang paling mencabar. W/pun kawasan latih amal jauh dari pusat sumber teori tapi ia cukup menyenangkan. Malah kedudukan kolej jauh lebih hampir dengan pusat induk di KL. Famili  pun agak sporting, kadang2 leh drive sendiri, kadang2 gie ngan rakan atau ape je janji tak sekat kehidupan…….

Bila fikir balik, rasa aman gak balik kampong nie, tak pun terputus ngan dunia luar…lagi jalan sakan adalah…..lagi 'teruk' outstation lak tapi tak 'burden' kata orang tu…pasal sama2 buat…sama2 sibuk…sama2 havoc. Kalau ketawa …wa..wa..wa..betul2 ketawa…sampai rasa release tension….cuba yang terbaik….berikan yang terbaik…..dapatkan yang terbaik….hasil mesti lebih baik!

Sedikit terkilan…bermesra ngan orang tua tak lama….cuba seberapa yang terdaya agar tak hampa…siapa tak sedih, rasa bersalah dan kurang percaya ngan kehendak alam yang telah diuruskan dengan begitu rapi dan teratur sekali. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan dan dijelaskan betapa kita menyayangi tetapi ada yang lebih arif dalam erti kata ini yang cuba menduga ketertiban sabar kita. Subhanaalah!

Perkongsian pengalaman saya alukan sebarang komen atau pandangan bolihlah ditaipkan di ruang yang di sediakan. semua topik saya terima tiada batasan jika ianya kearah kebaikkan bersama. Pengunjung blog juga bolih hantarkan sebarang komen ke e-mail saya mahani_molok@yahoo.com atau aliyaness@yahoo.com pandangan dari semua diucapkan berbanyak terima kasih.

Disini saya link pelajar-pelajar ambilan Jan.2007 http://kolejkejururawatan.blogspot.com Tahniah untuk anda teruskan usaha dan kekalkan displin diri supaya terus maju ..InsyAllah

                        Sukan peringkat seluruh kolej di Johor 29/3/08

Hari ini masih terasa penat semalam. Semalam diadakan sukan peringkat seluruh kolej di Johor. Pelbagai aktiviti sukan telah dijalankan. Semua gerak kerja termasuk kebudayaan, persatuan/kelab dan komuniti telah mengambil bahagian. Cuaca bagai merestui aktiviti tersebut. Pelatih pelatih dari 5 buah kolej sama-sama berganding bahu dalam menjayakan sukan ini. Terima kasih kepada kolej kolej terlibat. Pertandingan perbarisan antara rumah rumah dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan  dari pasukan terbabit. Begitu ceria dan berwarna warni, Nampak keseronokan yang dirasai oleh pelatih-pelatih. Majlis sukan antara kolej di Johor ini  dirasmikan oleh ADUN Jementah  Segamat  YB Dr Lee. 

Aktiviti bermula dari awal pagi iaitu kira-kira pukol 8 pagi dan berakhir lebih kurang 5.45 petang. Saya dapat rasakan betapa penatnya mereka mereka yang terlibat dalam acara majlis itu , apa pun walaupun aktiviti sukan dam acara kebudayaan yang dianjurkan ini  amat memenatkan tetapi amat menyeronokkan..

 Moga-moga  majlis dan upacara sukan seperti ini dapat diteruskan setiap tahun sebagai aktiviti riadah untuk kesihatan, disamping dapat memupuk talaian persaudaraan dan mufakat diantara kakitangan  dan pelajar-pelajar kolej didalam negeri johor ini.

 

▪ Visit To Next Page>>


Posted at 01:06 pm by mahani
Comment (1)